BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

05 Jun 2011

☁ MENYESAL ☁

Sambung cerita mengikut tajuk. Pernah tak korang rasa menyesal? Tipulah tak pernah. Kadang aku rasa menyesal sangat. Bila? Bila aku senyap. Bila aku tak berani nak berkata tidak dengan orang. Bila aku tak dapat luah apa yang aku rasa.

Sakit sangat bila kita terpaksa senyap demi menjaga hati orang lain. Hati kita yang memakan diri. Tapi walaupun menyesal aku tak pernah nak nak merungut kat orang berkenaan. Bagi aku biarlah kita terluka jangan asyik kita melukakan orang.

Bukan senang nak kekal dalam perhubungan. Susah. Perhubungan bukan tertumpu pasangan bercinta je ye. Perhubungan dalam keluarga, kawan rapat. Semua ni penting dalam hidup seharian aku. Tanpa diorang siapalah aku. Jadi aku kadang kena menyembunyikan rasa sebenar demi perhubungan.

Menyesal? Tak pulak sebab ikatan terbina lagi penting dari hati aku. Kalau setiap masa ikut hati boleh mati. Jadi berpada-padalah. Kawal emosi. Lagi-lagi perempuan. Selalu sangat emo. Macam-macam. Tapi setakat sekarang aku menyesal satu perkara je. Menyesal ku akui tak terima cintamu. =P

Tak adalah. Menyesal sebab benda yang lampau. Tapi benda dah lepas kan. Orang selalu cakap macam tu. Tapi kalau kita buat dosa dan tak rasa menyesal. Payah tu, hurmmm.